RANGSANGAN INGATAN PENGLIHATAN
Di antara faktor penting untuk cepat membaca adalah kekuatan daya ingatan. Yang bestnya, daya ingatan seseorang boleh ditingkatkan.
Saya tingkatkan daya ingatan penglihatan anak-anak saya dengan pelbagai 'memory game'.
MEMORI GAME GAMBAR HITAM:
Saya akan lukis lakaran objek yang biasa dilihat anak saya seperti ikan, kucing, gelas, botol susu dll, di atas kad putih & mewarnanya hitam dengan marker. Kemudian saya akan berkata "Cuba adik teka ini gambar apa?". Anda juga boleh memotong bentuk objek di atas kertas hitam & menampalnya di atas kad putih.
MEMORI GAME ZAM ALA KAZAM:
Apabila anak saya berumur 2 - 3 tahun saya akan meletak 2 objek(yang dikenali oleh anak) di atas dulang. Namakan objek-objek tersebut. Kemudian saya tutup kedua objek dengan kain, nyanyi 'zam zam ala kazam' dan menyembunyikan salah satu. Tanya anak "Eh, eh apa yang hilang, dik?"
Setelah anak dapat menamakan objek yang hilang dengan mudah, tambahkan satu lagi objek menjadi 3 dan seterusnya.
MEMORI GAME TEKA-TEKI GAMBAR:
Saya akan lukis gambar objek yang separa siap dan galakkan anak untuk meneka gambar tersebut.
Aktiviti - aktiviti di atas amat mudah tetapi cukup berkesan untuk meningkatkan daya ingatan anak-anak kita.
Pastikan anak tidak mengantuk semasa bermain dengan anda. Dan mak & abah mesti cool! Have fun!
RANGSANGAN FIZIKAL(KEMAHIRAN MOTOR)
Ransangan fizikal, sering diabaikan oleh ibu bapa zaman sekarang. Seringkali anak-anak kecil dibuai dalam buaian sepanjang hari. Banyak juga ibu bapa yang meletak anak dalam 'walker', bukannya memberi mereka peluang merangkak atau bertatih. Anak yang tidak dirangsang fizikal,selalunya menghadapi masalah membaca kemudian.
Ibu bapa sepatutnya menggalakkan anak-anak menggenggam, melibat & mencapai objek pelbagai tekstur. Permainan menyusun blok, puzzle mudah, mainan buka-pasang(take apart toys), bermain, playdoh & menconteng bebas akan merangsang kemahiran motor halus anak. Aktiviti sebegini juga melatih koordinasi mata-tangan yang amat penting apabila anak belajar membaca & menulis.
Bermain puzzle pula membantu anak memberi tumpuan dan meneliti perbezaan-perbezaan kecil. Ini akan membantunya mengecam dan membezakan huruf-huruf untuk membaca. Selain aktiviti di atas, menggolek & menangkap bola juga membantu koordinasi mata-tangan.
Anda tidak perlu membeli mainan mahal-mahal untuk aktiviti sebegini. Buatlah puzzle sendiri menggunakan kotak terbuang. Bentuk bulat, segitiga, segiempat sangat sesuai untuk dibuat puzzle mudah. Guna cawan dan piring plastik untuk anak anda susun. Balut kotak pelbagai saiz dengan bermacam fabrik/kertas untuk anak susun juga. Anda juga bole membuat playdoh sendiri dengan mencampur tepung, air, garam & minyak. Untuk lebih menyeronokkan, campurkan adunan tadi dengan pewarna makanan & juga esen. Emmm wanginya playdoh nanti!
Kejayaan mengajar anak membaca pada usia awal banyak bergantung kepada sejauh mana kita, ibubapa, merangsang anak kita sejak dari dalam kandungan lagi. Kita perlu merangsang bahasa, fizikal(kemahiran motor), ingatan penglihatan, ingatan pendengaran dan kemahiran sosial anak kita.
RANGSANG BAHASA
1. Berbual-bual
Bercakap apa saja dengan anak anda untuk mengayakan perbendaharaan katanya. Guna bahasa yang baik. Pengalaman saya, banyak juga anak-anak yang pekat bercakap loghat negeri, kurang mantap bacaan dan penulisan mereka.
Untuk anak mudah membaca Bahasa Inggeris, bercakaplah dengannya dalam Bahasa Inggeris. Jangan malu. Saya selalu berkata ' Speak to your child in English no matter how Phua Chu Kang it is!' Harap-harap dengan sentiasa bercakap dengan anak dalam Bahasa Inggeris, anda juga dapat membaiki penguasaan Bahasa Inggeris anda.
2. Bacakan Buku Cerita
Anda juga sepatutnya menjadikan sesi membaca buku cerita sebagai budaya keluarga anda, terutama bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Teks bacaan buku cerita ditulis menggunakan bahasa yang baik. If you always read to your child, h/she will be used to listening to standard language. Ini akan membantunya membaca, mengeja & menulis dengan lebih baik.
3. Bercerita
Saya masih ingat semasa saya kecil saya amat rapat dengan nenek saya. Dia suka bercerita - cerita Pak Pandir, Pak Kadok, Si Tanggang(my favourite), Batu Belah Batu Bertangkup dan cerita-cerita Sang Kancil. Kadang-kadang cerita hantu! Ibu bapa sekarang pun patut bercerita kepada anak-anak, terutama cerita melayu klasik. Dan berceritalah dengan intonasi suara yang menarik. Bercerita bukan saja memperkayakan bahasa anak tetapi juga menerap nilai hidup.
4. Menyanyi & Berpantun
Kesemua kanak-kanak suka menyanyi. Untuk memperkayakan bahasa mereka, ajarlah :
a. lagu kanak-kanak beserta aksi seperti
Cicak, cicak di dinding,
Diam-diam merayap,
Datang seekor nyamuk.
Hap! Lalu ditangkap.
b. Kata-berima(nursery rhymes, finger play) seperti
Anak tikus aiman(Letak jari telunjuk di atas tapak tangan anak)
Main dalam taman(Gerakkan jari dalam pusingan).
Jalan, jalan, jalan(Gerakkan jari di atas lengan anak)
Jatuh dalam longkang(Geletek ketiak atau leher anak
c. pantun seperti
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
Bermula daripada 18 bulan, kanak-kanak mula menggunakan bahasa secara aktif (expressive language). Sebaiknya kita jadikan aktiviti menyanyi seawal anak dilahirkan supaya ringan mulutnya nanti.
Apa Yang Saya Lakukan Semasa Anak Berumur 1 - 2 tahun
Kanak-kanak 1 - 2 tahun banyak menggunakan komunikasi tanpa lisan(nonverbal communication). Mereka mempelajari bahasa dalam bentuk pasif(mendengar) daripada dalam bentuk aktif(bercakap). Pada peringkat umur ini kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui meniru percakapan dan kelakuan ibu bapa dan siapa saja yang hampir dengan mereka. Menjangkau umur 18 bulan, kanak-kanak akan meluahkan bahasa(expressive language) yang telah dipelajarinya. Jadi tak peliklah jika anak kita berbahasa Indon sekiranya dia bersama bibik sepanjang masa!
1. Berbual-bual dengan anak menggunakan pelbagai intonasi dan nada suara. Gunakan ayat-ayat pendek dengan bahasa yang mudah dan jelas. JANGAN gunakan 'babytalk'.
2. Menamakan objek di sekeliling, di dalam buku bergambar dan kad imbas.
3. Bacakan lebih banyak buku cerita yang lebih panjang teksnya untuk memperkayakan bahasa mereka. Galakkan anak membelek buku semasa membaca buku cerita.
4. Mengimbas, menyebut & menekap(dengan jari) bunyi huruf BM/BI/Quran.
5. Menyanyi 'action songs' & 'finger play'.
6. Menyanyi & membuat aksi lagu fonik 'Abu Ada Ayam' dan/atau 'Cory Cat(Readeasy Phonics Song).
7. Melakukan aktiviti luar supaya mendapat sebanyak mungkin bekalan oksigen. Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang dan makanan berzat, oksigen juga merupakan 'makanan otak' bagi kanak-kanak. Berlari, melompat dan merangkaklah dengan anak anda.
8. Bawa kanak-kanak melawat pelbagai tempat(pantai, pasar, zoo) untuk memperluaskan pengalaman dan memperkayakan bahasa.
Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 6 - 12 Bulan
12. Mempelbagai Bacaan Buku Cerita
Sebagai tambahan kepada amalan-amalan sebelum ini, saya akan mempelbagaikan bacaan buku cerita kepada bayi saya. Saya akan memperkenalkan buku cerita kanak-kanak yang bergambar menarik dengan teks bacaan yang pendek pada setiap muka surat. Buku bermaklumat seperti My First Dictionary dengan ilustrasi yang menarik amat diminati oleh bayi saya.
Saya suka bacakan buku cerita sambil memeluk bayi saya supaya dia merasa tenang dan selamat. Saya jadikan sesi bacaan(aktiviti otak kiri) lebih menyeronok dengan membuat pelbagai bunyi dan mimik muka untuk menggalakkan dia merasai pelbagai emosi(aktiviti otak kanan) & berimaginasi (aktiviti otak kanan) walau pun masih kecil.
13. Mengimbas kad Bunyi Huruf B.Melayu, B.Inggeris & Quran
Untuk mendapat bayi yang pintar, Dr Susan Ludington menyarankan ibu bapa mengimbas kad huruf bermula bayi berumur 6 bulan. Imbas dan sebutkan bunyi 5 huruf BM/BI/Quran pada setiap sesi(rangsangan penglihatan & pendengaran).
Saya lakukan aktiviti ini dengan meriba bayi. Saya tunjukkan kad pertama 25cm daripada mata bayi dan menyebut bunyi huruf dua kali dengan jelas. Sebagai contoh /a/, /a/. Jangan sebut nama huruf seperti 'ei, bi si..(a, b, c..). Seterusnya saya akan mengimbas kad-kad lain dengan cepat bukan kerana bayi cepat jemu tetapi kerana mengimbas dengan cepat merupakan aktiviti otak kanan.
Selamat mencuba!
Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 3 - 6 Bulan
10. Menamakan Objek Dalam Buku Bergambar
Saya mulakan membaca buku bergambar tanpa teks(picture books) apabila bayi saya berumur 3 bulan untuk 2, 3 minit sahaja. Saya akan pangku bayi di riba sambil membacakan kepadanya. Saya suka buku bergambar binatang kerana saya dapat mengajuk bunyi-bunyi binatang dan ini menggembirakan bayi saya.
Pastikan ada satu gambar sahaja pada setiap muka surat. Tunjukkan gambar dengan jari dan gunakan pelbagai intonasi dan nada suara apabila membaca.
"Ini burung. Twit twit twit." "Ini kereta. Brum brum brum."
Anda juga boleh menggunakan Bahasa Inggeris untuk menamakan objek dalam buku bergambar dengan cara dan gaya yang sama.
"This is a bird. A bird goes tweet, tweet, tweet."
"This is a car. A car goes broom, broom, broom."
Buku bergambar kulit keras(hardcover) dengan gambar yang jelas(real pictures) dan berwarna-warni sangat digemari bayi saya. Bayi saya juga gemar membaca buku 'touch & feel' (texture books) kerana terdapat pelbagai tekstur untuk disentuh sambil buku itu dibaca.
11. Membaca Buku Cerita
Saya juga akan membaca kepadanya buku cerita yang saya bacakan semasa bayi dalam kandungan seperti Siri Buku 'Allah Makes..'. Saya rasa bayi lebih tenang dan tekun mendengar bacaan saya.
Membaca buku seawal bayi berumur 3 bulan akan menanam rasa cinta kepada buku dan mengeratkan hubungan saya dan bayi. Aktiviti ini juga merangsang perkembangan bahasa(linguistic intelligence) bayi saya. Lagi pun, pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak, mengaitkan aktiviti ini sebagai aktiviti awal literasi.
Tapi jangan lupa, sesi bacaan mestilah pendek dan pastikan bayi selesa dan tidak mengantuk!
Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 3 - 6 Bulan
Pada peringkat ini, saya masih teruskan amalan-amalan semasa bayi saya berumur 0-3 bulan. Apabila menjangkau umur 3 bulan, penglihatan bayi bertambah baik.
8. Menggantung Moblie Berwarna Terang
Tukarkan mobile hitam-putih kepada mobile berwarna-warni. Pada tahap umur ini bayi lebih peka kepada warna terang daripada warna pastel. Bayi juga boleh melihat objek dengan menggerakkan kepalanya.
Anda juga boleh menggantungkan mobile merentasi katil bayi menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi anda melibat(swipe) & menarik mobile. Mobile elastik ini akan merangsang perkembangan fizikal bayi anda. Apabila bayi pandai menarik mobile, berlaku perkembangan motor halus(koordinasi mata & tangan) yang akan membantu anak anda belajar membaca nanti.
9. Menggenggam Pelbagai Objek
Tunjukkan pelbagai objek menarik yang berwarna-warni & berbunyi seperti kerincing(rattle), mainan lembut(soft toys), mainan
picit(squeeze toys) dan mainan/gegelang getah untuk menggalak bayi mencapai & menggenggam objek tersebut. Kemahiran menggenggam akan membantu anak anda menulis nanti.